DI BAWAH BAYU

Sunday, May 4, 2008

AKTIVITI DI SEKOLAH SENI KUCHING,SARAWAK











Sekolah Seni Kuching,Sarawak yang terletak di bangunan sementaranya di SMK Tun Abg Hj Openg Kuching,mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri terutamanya dalam disiplin kesenian merangkumi empat bidang seperti seni visual,seni tari, seni teater dan seni muzik.Hanya terdapat dua buah sahaja sekolah seni di Malaysia, salah satunya terletak di Johor.Kedua-dua buah sekolah itu menawarkan empat bidang kesenian. Setiap bidang itu dipelajari oleh pelajar dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan lima.Bidang akademik tidak diabaikan kerana ia merupakan Visi dan Misi menjadikan Sekolah Seni Kuching cemerlang dalam kesenian dan akademik . Ambilan pertama pelajar bermula pada awal tahun 2007 dan kini pelajar tersebut telah memasuki ke tingkatan dua.Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan akan dibuat sepanjang tahun ini berdasarkan kepada takwim sekolah tersebut.Bersama-samalah kita membantu dan memberi semangat kepada para jurulatihnya dan guru-guru bidang akademiknya dalam rangka merealisasikan kewujudan Sekolah Seni Kuching,Sarawak.